Sunday 6 September 2015

Penempatan asal kaum iban

Sekadar gambar hiasan

Seorang lagi ketua suku kaum Iban iaitu Gelungan juga membawa pengikutnya keluar dari merakai (sebuah anak sungai Kapuas) ke Undup dan mendiami Bukit Galau. Keturunan Gelungan kini disebut Iban Balau kerana menetap di kawasan Bukit Balau, penempatan terawal mereka di kawasan Sri Aman. Kemudian Gelungan berpindah sekali lagi ke Sebuyau dengan sebahagian pengikutnya, dan generasi mereka kini dikenali sebagai Iban Sebuyau. Walau bagaimanpun setelah kematian Gelungan, Iban Sebuyau berpecah dan ada yang berpindah ke Meredang Gayam, Lundu dan Samarahan. Ketua-ketua suku kaum Iban yang lain seperti Lanong, Kanyong, Meringgai dan Manggi telah membawa pengikut-pengikut mereka berpindah ke Rantau Langkong, Tangjung Merarang, Sungai Skrang dan Tisak, kesemua tempat ini berada dalam kawasan Sri Aman. Oleh demikian halnya, Sri Aman merupakan penempatan penduduk Iban terbanyak sekali, diikuti oleh Kapit, Kalaka (Saratok), Mukah, Kuching, Saribas (Betong, Baram, Song dan Sarikei. Bolehlah dikatakan bahawa pada keseluruhannya suku kaum Iban terdapat di seluruh pelusuk Bumi Kenyalang.

Masyarakat tradisional Iban seringkali berpindah kerana keperluan untuk “adapted to a habitat with distinct zones” (Vinson, 1978:9). Maknanya, persekitaran telah mempengaruhi tindakan mereka untuk terpaksa mengadaptasikan diri dengan habitat (kehidupan) semulajadi. Menurut pendapat Vinson di atas, keadaan sekeliling telah mencabar mereka untuk berusaha mendapatkan makanan dan keperluan dalam kehidupan seharian.

Sekadar gambar hiasan
Perpindahan kaum Iban yang begitu kerap sekali didorong oleh faktor-faktor seperti penerokaan tanah baru untuk tujuan survival, ekologikal dan budaya mereka. Pertama, kejayaan berterusan dalam pertanian boleh meninggikan imej dan prestij serta keturunan mereka. Justeru, mereka memerah seluruh keringat dan bekerja keras untuk menambahkan hasil tanaman seperti padi, ubi, keledek, jagung dan sebagainya. Oleh hal demikian, apabila tanaman berumai (berhuma) tidak memberi hasil yang lumayan, hal ini akan menjatuhkan imej mereka (Vinson, 1978). Sebaliknya, jika berjaya mendapat hasil yang banyak, petani-petani tersebut akan dijemput ke Gawai Padi yang diadakan di sebuah rumah panjang lain “at which they produced blessing on the sponsors and other guests so that the latter might share good fortune” (Vinson, 1978:26). Ini bererti budaya berumai bukan sekadar untuk memperoleh beras tetapi juga sebagai prestij dan kejayaan individu (Osman, 1989). Pendek kata, kejayaan bercucuk tanam boleh meninggikan status, imej dan martabat mereka dalam masyarakat Iban silam. Menurut Vinson (1978:26), “success in rice farming has been described by Iban as……prestij”.


Faktor ekologikal dan budaya
Faktor ekologikal turut menyebabkan perpindahan kaum Iban. Ini kerana terdapat banyak tumbuhan, ikan dan binatang buruan di dalam hutan tebal yang masih belum diterokai dahulu. Aktiviti non-hortikultur ini telah mengakibatkan perpindahan mereka ke lembah-lembah yang kaya dengan bahan makanan tersebut. Maka bolehlah dianggap perpindahan itu berlaku sebagai satu desakan untuk tujuan survival (Vinson, 1978) bagi kaum Iban.

Seterusnya melalui faktor budaya, masyarakat Iban menghadapi persaingan dengan etnik bumiputera yang lain untuk menguasai kawasan pertanian, sungai dan kawasan perburuan. Contohnya, mereka berusaha mempertahankan kawasan tanah padi daripada dirampas oleh suku kaum lain. Apabila berlaku konflik kerana rebutan atau rampasan kuasa ke atas kawasan pertanian, mereka akan berpindah ke tempat lain dan menerokai kawasan yang baru untuk bercucuk tanam. Mereka suka membuat petempatan di kawasan yang baru untuk bercucuk tanam. Mereka suka membuat petempatan di kawasan penanaman padi huma di atas bukit dan hidup secara berkelompok serta bekerjasama mempertahankan diri daripada ancaman dan musuh mereka.

Kaum Iban juga gemar bejalai (mengembara) untuk memperluaskan pengalaman atau memulakan penghidupan baru di tempat yang lain jauh dari kediaman asal mereka. Hidup berpindah randah kaum Iban demikian dikaitkan dengan keinginan untuk menonjolkan diri, mencari pengalaman baru, mencipta nama dan seumpamanya. Oleh sebab demikian, mereka suka mengembara ke tempat-tempat lain untuk mencari kehidupan baru yang lebih baik.



Chemaline Anak Osup. (2007) Leka main: Puisi rakyat Iban-Satu analisis tentang bentuk dan fungsi. Tesis PHD yang tidak diterbitkan, Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Universiti Sains Malaysia.

1 comment:

  1. Betway Casino no deposit bonus codes - JTGHub
    Betway Casino 거제 출장샵 no deposit bonus codes. 대전광역 출장샵 Get your free 상주 출장마사지 £20 bet casino bonus 춘천 출장마사지 today! Click now. Get 성남 출장마사지 bonus code: 860. JTGHub.com.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
For threaded comments: