Saturday, 5 September 2015

LIMBANG- 2 BUAH RUMAH MUSNAH DALAM KENAKARAN

2 BUAH RUMAH MUSNAH DALAM KENAKARAN

04 September - LIMBANG : Dua buah bangunan lot kedai berstuktur tidak kekal beralamat di Kampung Noor Islam Kuala Lawas telah terbakar petang tadi.
Menurut Penolong Penguasa Bomba,PPgB Mohd.Shamlie Radaee, sebuah bangunan tersebut merupakan bangunan kosong yang mempunyai 5 lot kedai dan sebuah lagi bangunan milik majlis Daerah Lawas yang masih beroperasi mempunyai 3 lot kedai telah terbakar 80 peratus.
Katanya, pihak bomba mendapat panggilan dari orang awam jam 5.17 petang dan tiba dilokasi pada pukul 7.45 petang.
Api berjaya dipadamkan sepenuhnya pada pukul 6.45 petang diketuai oleh PBK I Razali Junis bersama 12 anggota dan dibantu 5 orang Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Kampung Pemukat Kuala Lawas.
Walaubagaimanapun tiada mangsa dilaporkan cedera.








Pusat Gerakan Operasi

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
For threaded comments: