Banyuwangi: Pendedahan seorang lelaki yang
bernama Tuhan menyebabkan wilayah Banyuwangi popular di Indonesia.
Namun, wilayah Jember yang terletak
bersebelahan Banyuwangi jauh lebih unik kerana mempunyai 11 penduduk bernama
Tuhan.
Semua penduduk itu mendaftar sebagai pemilih
untuk pilihan raya kecil bagi memilih pemimpin wilayah itu yang akan
berlangsung Disember ini.
“Memang benar ada beberapa pemilih yang
bernama Tuhan yang dikesan ketika saringan daftar pemilih untuk pilihan raya
ini,” kata pegawai suruhanjaya pilihan raya Jember Ahmad Hanafi.
Katanya, mereka yang bernama Tuhan itu ada
yang sudah berkahwin dan tinggal di beberapa daerah dan bandar Jember.
“Ada namanya memang Tuhan tetapi ada yang
memakai di awalan atau di akhiran seperti Satuhan dan Tuhani,” jelasnya.
Menurutnya, ada 11 individu yang mempunyai
nama Tuhan dan mereka memiliki kad pengenalan dan alamat berbeza.
Bagaimanapun, Ahmad tidak memberi maklumat
lanjut berhubung individu bernama Tuhan berkenaan kerana ia dokumen rahsia. –
Agensi
Seorang lelaki Jember bernama Tuhan menunjukkan kad pengenalannya |
No comments:
Post a Comment