Masyarakat
Iban menganut dan mengamalkan pengarap
lama iaitu kepercayaan tradisional dan mereka mengadakan upacara-upacara
dan keagamaan yang berkaitan dengannya (Meling, 1988). Asal-usul pengarap lama ini ialah daripada Raja Durong
(Sandin,1964), dan ia melahirkan kepercayaan kepada petara (tuhan) mereka dan juga kuasa ghaib, semangat orang hidup
dan mati, semangat padi, fenomena alam, makhluk hidup dan objek tidak bernyawa.
Petara disembah dan dipuja melalui
upacara-upacara miring atau bedara (persembahan korban), sampi (puisi doa), pengap (zikir) dan timang (invokasi)
semasa perayaan keagamaan untuk menyampaikan niat mereka. Mereka percaya bahawa
Singalang Burong, Simpulang Gana dan Puntang Raja adalah Petara (Melling,1988)
yang memberi ajaran kepada mereka melalui mimpi. Selain itu, petara dan antu (makhluk halus) kerap diperkenalkan melalui cerita-cerita
naratif seperti mitos tentang Seramugah (tuhan pencipta bumi), Segundi (tuhan
pencipta air) dan Segundit (tuhan pencipta langit) yang kini masih terkenal.
Sehubungan dengan itu, masyarakat Iban percaya pada nasib buruk baik dengan
mendengar bunyi-bunyi burung seperti Ketupong,
kikih atau embuas, beragai, papau
atau senabong, pangkas atau kutok dan nendak
(Vinson, 1987).
Kepercayaan tentang nasib dan buruk-baik sesutau perkara
adalah hasil daripada pengadaptasian masyarakat Iban terhadap alam semula jadi
dan hubungan mereka dengan alam. Bertitik tolak daripada kepercayaan tersebut,
lahirlah juga kepercayaan terhadap pengaroh
(azimat) dan engkerabon (ubat
pelindung diri).
gamabr hiasan |
kasi panjang skit bleh??
ReplyDeletemaksud tentang rumah panjang..
ReplyDeletekalau bleh dengan segera...
ReplyDelete