Di Malaysia, untuk bekerja di
mana-mana agensi swasta atau kerajaan, perlu diingat bahawa kelulusan minima
yang perlu ada ialah SPM (Sijil Pelajaran Malaysia). Bukan itu sahaja tetapi
pelajar juga harus aktif dalam ko-kurikulum dan mendapat komen positif dalam
sijil berhenti sekolah.
Ini adalah penting, walaupun
seseorang itu tidak berminat, berkemampuan atau layak untuk melanjutkan
pelajaran ke menara gading, perkara yang disebutkan tadi mestilah ada untuk
rujukan bakal majikan. Ini perlu difahami dan senario ini mungkin berbeza dengan
negara-negara lain.
Berikut
adalah 16 kerjaya yang yang boleh memberi pulangan yang lumayan kepada yang
berminat, walaupun anda tidak mempunyai ijazah dari universiti.
Juruterbang yang ditauliahkan boleh sampai ke ratusan ribu ringgit Malaysia |
1. Juruterbang
Kerjaya ini memerlukan modal yang
besar kerana kursus yang ditawarkan sebelum anda menjadi seorang juruterbang
bertauliah boleh sampai ke ratusan ribu ringgit. Walaubagaimana pun, gaji yang
bakal anda terima juga amat lumayan sekali. Terdapat beberapa akademi yang
menyediakan kursus Commercial Pilot Licence, seperti Malaysian Flying Academy yang terletak di Melaka.
2. Penasihat Kewangan
Juga dikenali sebagai ‘wealth advisor’ merupakan individu
yang mengurus dan memberi khidmat nasihat terhadap pelaburan kewangan anda,
sebagai contoh dalam unit amanah. Semua bank dan institusi kewangan ada
menawarkan banyak pilihan kepada pengguna untuk melaburkan wang mereka.
3. Agen Insuran
Cara untuk menjadi ejen insuran ialah pemohon perlu lulus
ujian berkaitan. Antara syarikat yang diluluskan oleh Bank Negara Malaysia dan
popular di Malaysia adalah Takaful Ikhlas
Sdn Bhd, Prudential BSN Takaful Berhad, Etiqa Takaful Berhad dan lain-lain.
Terbukti telah ramai yang berjaya malah menjadi jutawan selepas menceburi
bidang ini.
4. Agen Hartanah
Menjadi ejen hartanah atau property
agent juga boleh mendatangkan pulangan dan kepuasan yang
besar kepada sesiapa yang berminat. Baca di Sini berkaitan pensijilan
yang diperlukan untuk menjadi ejen hartanah profesional. Broker Rumah,
Broker Tanah, ini adalah istilah lain yang biasa kita dengar. Mereka ini telah
berjaya mengaut keuntungan yang amat lumayan hasil daripada ‘mark-up’ harga
hartanah yang dijual. Ada yang menjangkau angka RM50,000 untung atas angin
selepas satu jualan yang telah dihasilkan. Senarai maklumat atau ebook
berkaitan hartanah di Malaysia boleh baca di sini
Bagi mereka yang berminat untuk bekerja di dalam bidang ‘oil
and gas’ seperti di Petronas, MMHE, Schlumberger,
Talisman Energy, untuk menjadi tenaga kerja pakar dan berkelayakan, anda perlu
menduduki sijil-sijil profesional yang ditawarkan oleh CSWIP dan Jabatan Pembangunan Kemahiran
Rig Operator / Operator pelantar
minyak di antara kerjaya yang menjanjikan pendapatan tinggi.
Kebaikan sijil yang dikeluarkan
CSWIP ialah ia diiktiraf diperingkat antarabangsa dan bukan sahaja di Malaysia.
Antara sijil, dan seterusnya kerjaya yang anda boleh ceburi ialah;
5. Welding Inspector
6. Welding QC Co-ordinator
7. Plant Inspector
8. Offshore Inspection
9. Non-destructive Testing
10. Plastics Welders
11. Welder (ini juga terdapat
pelbagai-bagai pengkhususan)
Satu lagi badan yang banyak
menawarkan sijil-sijil profesional ialah Niosh atau
National Institute Of Safety and Health (Malaysia).
12. Safety & Health Officer
Bidang tugas ialah untuk memastikan
keselamatan dan kesihatan pekerja di sesuatu premis pekerjaan / organisasi itu
mengikut standard NIOSH DOSH. (Jangan lupa, gaji besar tetapi tanggungjawab
juga besar)
13. Rig Operator / Operator pelantar
minyak
Pekerja am yang membantu kerja-kerja di atas pelantar minyak. Kebanyakkan latihan diperolehi dari masa ke semasa semasa menjalankan tugas. Elaun harian yang diterima pastinya dapat menambahkan pendapatan. namun perlu ingat bahawa kerjaya sebegini perlu berkorban untuk berjauhan dengan keluarga.
14. Wireman
Untuk melaksanakan pemasangan elektrik dan pengujian di tapak. Wireman ini juga mempunyai pelbagai peringkat membolehkan mereka mengendalikan litar satu fasa atau tiga fasa untuk kawasan kediaman atau komersil.
15. Chargeman
Mengendalikan sistem elektrikal Voltan Melebihi Voltan Rendah ( Tanpa Talian Aerial dan Stesen Janakuasa Voltan Melebihi Voltan Rendah)
16. RoHS officer
RoHS atau Restriction of Hazardous Substances Directive adalah satu arahan untuk menyekat penggunaan daripada bahan-bahan berbahaya tertentu dalam peralatan elektrik dan elektronik. Di Malaysia, banyak syarikat pembuatan antarabangsa memerlukan pegawai RoHS untuk memeriksa dan mengesahkan barangan mereka memenuhi standard RoHS.
Terdapat banyak agensi yang
menyediakan kursus pensijilan kepada mereka yang berminat untuk menjadi pegawai
RoHS
Kepada pelajar yang mempunyai keputusan SPM yang tidak begitu
cemerlang, jangan takut. Banyak jenis pekerjaan yang boleh anda ceburi. Apa
yang anda perlu ada ialah usaha dan semangat yang tinggi untuk berjaya.
17. Peniaga Online (Dropship)
Ramai orang sangka bahawa untuk
memulakan sesuatu perniagaan online memerlukan modal besar, namun
anda silap kerana anda mampu berjaya dalam bidang ini tanpa menggunakan modal
yang besar. Anda boleh bermula dengan konsep dropship, di mana anda tidak perlu
mengeluarkan modal untuk stok barang. Cukup dengan mengeluarkan kos iklan
dan pemasaran. Anda hanya perlu mengambil order sahaja. Pos
barang dan produk semua diurus pemilik produk. Mudah bukan? Ramai yang
sudah berjaya menambahkan pendapatan mereka dengan hanya berusaha keras sebagai
ejen dropship.
Ada juga yang yang menawarkan sistem hub
dropship di Malaysia, yang percuma seperti Dropship.im, Ashadee, Yosh, E-Borong, Usahawan Dropship.
Jadi, yang mana satu kerjaya pilihan anda? Jika perlukan
bantuan, nasihat serta tips tentang kerjaya sila baca di sini
Kredit: http://mynewshub.cc/2014/09/06/16-pekerjaan-gaji-tinggi-di-malaysia-tanpa-perlukan-ijazah/
No comments:
Post a Comment