Friday, 11 September 2015

(video) wanita bagi kanak-kanak kecil hisap vape jadi viral


Tersebar dilaman sosial Facebook tindakan seorang wanita yang tidak bertanggungjawab memberi beberapa orang  kanak-kanak kecil menghisap vape.

Dia dikatakan merakam video berkenaan dan memuatnaik ke laman sosial, berdasarkan percakapan ia adalah warga tempatan.


Undang-undang yang ada terhadap vape adalah sama dengan rokok di mana dilarang kepada mereka yang berumur 18 tahun ke bawah dan berdasarkan video bukannya ramaj tetapi kanak-kanak yang berumur 2 hingga 6 tahun berdasarkan pandangan admin.


Video berdurasi 15 saat ini telah mendapat kecaman daripada netizen dan kaki vape sendiri di mana mereka menyifatkan tindakan wanita berkenaan adalah tidak bertamadun.

Seorang pengguna Facebook yang juga merupakan penghisap vape, Sang Luncai berkata"Ni lah punca yg bleh menyebabkan vape akan dilupuskan.. Smpaikan budak kecil diajar nya...ada otak tk bleh pikir mengajar budak2...aptb lah... Dri bleh vapeon akan menjadi vapeoff."

 "Jangan tambah kan bilangan org yg x suka vape ni meningkat.." kata Hijrah Hasnol 
:-SiakapKeli

Video layan pelarian seperti haiwan



Budapest: Rakaman video menunjukkan pendatang yang berada di kem utama pelarian di sempadan Hungary dengan Serbia diberi makan seperti haiwan dalam kandang dengan polis mencampakkan makanan kepada pelarian.

Video itu yang dirakam secara sembunyi oleh sukarelawan Austria yang melawat kem pelarian di Roszke, Rabu lalu, menunjukkan kira-kira 150 pelarian berebut-rebut mendapatkan sandwic yang dicampak polis Hungary memakai topi keledar dan topeng muka. Perlarian itu ditempatkan dalam petak berpagar dalam dewan besar.

Wanita dan kanak-kanak mejadi mangsa tolak dan rempuhan apabila pelarian yang kelaparan berebut-rebut mendapatkan makanan yang dicampak itu.

“Keadaan itu seperti memberi makan haiwan dalam kandang, seperti Guantanamo di Eropah," kata Alexander Spritzendorfer yang isterinua, Michaela, merakam kejadian itu.

Menurutnya, mereka memandu ke Roszke membawa makanan, pakaian dan perubatan bagi membantu ribuan pelarian.

Keitka Spritzendorfer (peguam dengan Parti Green Austria) bercakap dengan pekerja Palang Merah, isterinya melihat kejadian keji itu lalu memutuskan merakamnya.

“Ia perbuatan tidak berperikemanusiaan,” kata Michaela Spritzendorfer.

Rakaman itu yang dimuat naik di YouTube lewat semalam, dikongsi pantas melalui media sosial. - AFP

16 pekerjaan gaji tinggi di Malaysia tanpa perlukan Ijazah



Di Malaysia, untuk bekerja di mana-mana agensi swasta atau kerajaan, perlu diingat bahawa kelulusan minima yang perlu ada ialah SPM (Sijil Pelajaran Malaysia). Bukan itu sahaja tetapi pelajar juga harus aktif dalam ko-kurikulum dan mendapat komen positif dalam sijil berhenti sekolah.


Ini adalah penting, walaupun seseorang itu tidak berminat, berkemampuan atau layak untuk melanjutkan pelajaran ke menara gading, perkara yang disebutkan tadi mestilah ada untuk rujukan bakal majikan. Ini perlu difahami dan senario ini mungkin berbeza dengan negara-negara lain.

Berikut adalah 16 kerjaya yang yang boleh memberi pulangan yang lumayan kepada yang berminat, walaupun anda tidak mempunyai ijazah dari universiti.

Juruterbang yang ditauliahkan boleh sampai ke ratusan ribu ringgit Malaysia

1. Juruterbang
Kerjaya ini memerlukan modal yang besar kerana kursus yang ditawarkan sebelum anda menjadi seorang juruterbang bertauliah boleh sampai ke ratusan ribu ringgit. Walaubagaimana pun, gaji yang bakal anda terima juga amat lumayan sekali. Terdapat beberapa akademi yang menyediakan kursus Commercial Pilot Licence, seperti  Malaysian Flying Academy yang terletak di Melaka.

2. Penasihat Kewangan
Juga dikenali sebagai ‘wealth advisor’ merupakan individu yang mengurus dan memberi khidmat nasihat terhadap pelaburan kewangan anda, sebagai contoh dalam unit amanah. Semua bank dan institusi kewangan ada menawarkan banyak pilihan kepada pengguna untuk melaburkan wang mereka.



3.  Agen Insuran
Cara untuk menjadi ejen insuran ialah pemohon perlu lulus ujian berkaitan. Antara syarikat yang diluluskan oleh Bank Negara Malaysia dan popular di Malaysia adalah Takaful Ikhlas Sdn Bhd, Prudential BSN Takaful Berhad, Etiqa Takaful Berhad dan lain-lain. Terbukti telah ramai yang berjaya malah menjadi jutawan selepas menceburi bidang ini.

4. Agen Hartanah
Menjadi ejen hartanah atau property agent juga boleh mendatangkan pulangan dan kepuasan yang besar kepada sesiapa yang berminat. Baca di Sini berkaitan pensijilan yang diperlukan untuk menjadi ejen hartanah profesional. Broker Rumah, Broker Tanah, ini adalah istilah lain yang biasa kita dengar. Mereka ini telah berjaya mengaut keuntungan yang amat lumayan hasil daripada ‘mark-up’ harga hartanah yang dijual. Ada yang menjangkau angka RM50,000 untung atas angin selepas satu jualan yang telah dihasilkan. Senarai maklumat atau ebook berkaitan hartanah di Malaysia boleh baca di sini

Bagi mereka yang berminat untuk bekerja di dalam bidang ‘oil and gas’ seperti di Petronas, MMHE, Schlumberger, Talisman Energy, untuk menjadi tenaga kerja pakar dan berkelayakan, anda perlu menduduki sijil-sijil profesional yang ditawarkan oleh CSWIP dan Jabatan Pembangunan Kemahiran

Rig Operator / Operator pelantar minyak di antara kerjaya yang menjanjikan pendapatan tinggi.

Kebaikan sijil yang dikeluarkan CSWIP ialah ia diiktiraf diperingkat antarabangsa dan bukan sahaja di Malaysia. Antara sijil, dan seterusnya kerjaya yang anda boleh ceburi ialah;

5. Welding Inspector
6. Welding QC Co-ordinator
7. Plant Inspector
8. Offshore Inspection
9. Non-destructive Testing
10. Plastics Welders
11. Welder (ini juga terdapat pelbagai-bagai pengkhususan)
Satu lagi badan yang banyak menawarkan sijil-sijil profesional ialah Niosh atau National Institute Of Safety and Health (Malaysia).
12. Safety & Health Officer
Bidang tugas ialah untuk memastikan keselamatan dan kesihatan pekerja di sesuatu premis pekerjaan / organisasi itu mengikut standard NIOSH DOSH. (Jangan lupa, gaji besar tetapi tanggungjawab juga besar)

13. Rig Operator / Operator pelantar minyak

Pekerja am yang membantu kerja-kerja di atas pelantar minyak. Kebanyakkan latihan diperolehi dari masa ke semasa semasa menjalankan tugas. Elaun harian yang diterima pastinya dapat menambahkan pendapatan. namun perlu ingat bahawa kerjaya sebegini perlu berkorban untuk berjauhan dengan keluarga.

14. Wireman

Untuk melaksanakan pemasangan elektrik dan pengujian di tapak. Wireman ini juga mempunyai pelbagai peringkat membolehkan mereka mengendalikan litar satu fasa atau tiga fasa untuk kawasan kediaman atau komersil.


15. Chargeman

Mengendalikan sistem elektrikal Voltan Melebihi Voltan Rendah ( Tanpa Talian Aerial dan Stesen Janakuasa Voltan Melebihi Voltan Rendah)


16. RoHS officer

RoHS atau Restriction of Hazardous Substances Directive adalah satu arahan untuk menyekat penggunaan daripada bahan-bahan berbahaya tertentu dalam peralatan elektrik dan elektronik. Di Malaysia, banyak syarikat pembuatan antarabangsa memerlukan pegawai RoHS untuk memeriksa dan mengesahkan barangan mereka memenuhi standard RoHS.

Terdapat banyak agensi yang menyediakan kursus pensijilan kepada mereka yang berminat untuk menjadi pegawai RoHS

Kepada pelajar yang mempunyai keputusan SPM yang tidak begitu cemerlang, jangan takut. Banyak jenis pekerjaan yang boleh anda ceburi. Apa yang anda perlu ada ialah usaha dan semangat yang tinggi untuk berjaya.

17. Peniaga Online (Dropship)
Ramai orang sangka bahawa untuk memulakan sesuatu perniagaan online memerlukan modal besar, namun anda silap kerana anda mampu berjaya dalam bidang ini tanpa menggunakan modal yang besar. Anda boleh bermula dengan konsep dropship, di mana anda tidak perlu mengeluarkan modal untuk stok barang. Cukup dengan mengeluarkan kos iklan dan pemasaran. Anda hanya perlu mengambil order sahaja. Pos barang dan produk semua diurus pemilik produk. Mudah bukan? Ramai yang sudah berjaya menambahkan pendapatan mereka dengan hanya berusaha keras sebagai ejen dropship.

Ada juga yang  yang menawarkan sistem hub dropship di Malaysia, yang percuma seperti Dropship.im, Ashadee, Yosh, E-Borong, Usahawan Dropship.

Jadi, yang mana satu kerjaya pilihan anda? Jika perlukan bantuan, nasihat serta tips tentang kerjaya sila baca di sini

Kredit: http://mynewshub.cc/2014/09/06/16-pekerjaan-gaji-tinggi-di-malaysia-tanpa-perlukan-ijazah/

"Ayah, tolong saya" kata penyamun

 Lelaki yang cuba menyamun seorang ahli mempertahankan diri wanita menjerit dan merayu meminta tolong apabila dikunci dengan gerakan jiu-jitsu

Acailandia (Brazil): Seorang lelaki yang cuba menyamun seorang wanita dan rakannya di tepi jalan mendapat nasib malang kerana wanita berkenaan adalah juara seni mempertahankan diri.

Akibatnya lelaki berkenaan terpaksa merayu dilepaskan malah rela diserah kepada polis apabila lehernya dikunci dengan gerakan seni jiu-jitsu.

Lelaki itu dan rakannya menghampiri Monique Bastos serta rakan perempuannya yang berada di atas motosikal dan menuntut mereka menyerahkan telefon bimbit.



Menurut laporan lama web Brazil, iG, Mobique, 23, yang pernah menjuarai enam pertandingan MMA, menumbuk lelaki itu sebelum menjatuhkannya ke tanah dan mengunci lehernya selama 20 minit sehingga polis tiba.

“Seorang lelaki merampas telefon saya. Melihat mereka tidak bersenjata, saya menolak motosikal mereka hingga jatuh.

“seorang lelaki melarikan diri tetapi penunggang motosikal itu tidak sempat membolehkan saya menangkapnya dengan mengunci lehernya dengan kaki,” katanya.


Lelaki itu menjerit: “Ayah, ayah, panggil polis. Tolong, saya janji ini kali pertama dan terakhir buat macam ini. Sesiapa saj tolong saya.” - Daily Mail
Monique Baston 23, juara MMA enam kali

11 penduduk bernama Tuhan

Banyuwangi: Pendedahan seorang lelaki yang bernama Tuhan menyebabkan wilayah Banyuwangi popular di Indonesia.

Namun, wilayah Jember yang terletak bersebelahan Banyuwangi jauh lebih unik kerana mempunyai 11 penduduk bernama Tuhan.

Semua penduduk itu mendaftar sebagai pemilih untuk pilihan raya kecil bagi memilih pemimpin wilayah itu yang akan berlangsung Disember ini.

“Memang benar ada beberapa pemilih yang bernama Tuhan yang dikesan ketika saringan daftar pemilih untuk pilihan raya ini,” kata pegawai suruhanjaya pilihan raya Jember Ahmad Hanafi.

Katanya, mereka yang bernama Tuhan itu ada yang sudah berkahwin dan tinggal di beberapa daerah dan bandar Jember.

“Ada namanya memang Tuhan tetapi ada yang memakai di awalan atau di akhiran seperti Satuhan dan Tuhani,” jelasnya.

Menurutnya, ada 11 individu yang mempunyai nama Tuhan dan mereka memiliki kad pengenalan dan alamat berbeza.


Bagaimanapun, Ahmad tidak memberi maklumat lanjut berhubung individu bernama Tuhan berkenaan kerana ia dokumen rahsia. – Agensi

Seorang lelaki Jember bernama Tuhan menunjukkan kad pengenalannya

Thursday, 10 September 2015

Konsep Headhunting atau Ngayau

Gambar hiasan


Headhunting atau ngayau merujuk kepada pemenggalan kepala musuh sebagai membalas dendam akibat keluarga mereka dibunuh oleh pihak lawan pada zaman tradisi dan selain itu ia juga boleh dirujuk kepada menyerang musuh seperti kayau besai dan kayau anak. Kayau besai adalah menyerang musuh secara beramai-ramai dan kayau anak adalah serangan hendap kepada musuh yang dilakukan beberapa orang sahaja misalnya seorang, dua atau tiga orang sahaja.


Masyarakat Iban sering kali digambarkan sebagai satu bangsa yang kejam, garang dan agresif. Ini kerana kisah ngayau (memotong kepala) telah dieksploitasi dan disalahtafsir oleh orang Barat yang menggelar Sarawak sebagai Bumi Pemotong Kepala. Sesungguhnya, tanggapan demikian amatlah tidak tepat kerana kaum Iban adalah satu bangsa yang sangat baik, penyayang dan pemurah (Melling, 1998). Sebenarnya ngayau dilakukan oleh orang Iban pada zaman silam semata-mata untuk tujuan mempertahankan diri daripada dicabar, dipermain-mainkan dan diganggu oleh kaum lain termasuk penceroboh masuk orang asing seperti orang-orang Rajah Brooke dahulu. Bolehlah dikatakan bahawa masyarakat Iban hanya membunuh semasa ngayau (ekspedisi perang) sahaja, bukan pada sebarang masa sesuka hati. Lelaki Iban yang membawa balik kepala musuh akan mendapat ensumbar, iaitu gelaran nama (nama puji-pujian) seperti Bujang Berani wira/pahlawan Iban) dan sebagainya.

Kepala musuh yang diperolehi akan diawet dan disalai, dan tengkorak ini dipanggil antu pala (trophy kepala) yang akan dijadikan harta pusaka keluarga berkenaan turun-temurun. Antu pala itu akan digantung di atas bedilang (dapur kecil) di ruai dan dipanaskan dengan api kecil supaya antu pala tersebut dapat berehat dengan tenteram. Pada hakikatnya, tidak semua musuh yang ditemui di medan perang akan dibunuh. Contohnya, wanita dan kanak-kanak hanya ditangkap dan dijadikan tawanan perang di rumah panjang tetapi diberi layanan yang baik, dan kemudian dijadikan ahli keluarga angkat melalui adat mengiru hamba abdi (istiadat mengangkat anak) atau gawai betembang (gawai mengangkat anak), iaitu satu upacara khas untuk mengesahkan tawanan berkenaan diangkat sebagai ahli keluarga oleh mana-mana famili yang sudi. Dengan demikian halnya, maka kelas hamba abdi dalam masyarakat Iban.

Gambar hiasan

Pada zaman tradisi, sejak kecil lagi anak lelaki Iban telah diajar oleh ibu atau nenek mereka bersikap berani untuk membalas dendam seperti membunuh dengan cara memenggal kepala musuh yang telah membunuh ahli keluarga mereka. Cara orang tua menanamkan sifat berani kepada anak kecil itu melalui nyanyian semasa mendodoikan anak dan kadang-kadang bercerita secara lisan tentang mitos yang berkaitan dengan dewa-dewa perang yang selalu mendapat kepala musuh dengan banyak semasa pergi berperang atau ngayau. Selain itu, para gadis juga tidak kurang memberi galakan kepada pemuda supaya pergi ngayau dan membawa balik kepala musuh kerana sekiranya anak muda belum berbuat demikian maka si gadis tidak mahu berkahwin dengan pemuda berkenaan. Sekiranya seorang pemuda telah mendapatkan kepala musuh maka dia akan menjadi kebanggan keluarganya dan mendapat gelaran dan status Bujang berani. Status Bujang Berani sangat disanjung tinggi oleh masyarakat Iban pada zaman dahulu (Anonymous,1992:123).


Kaum perempuan masyarakat mempunyai peranan yang penting juga dalam masyarakat tersebut dan salah satu daripada peranan itu ialah melibatkan diri dalam seni rupa tradisi seperti menganyam dan bertenun. Selepas musim menuai padi mereka mempunyai masa lapang untuk melakukan aktiviti menganyam dan bertenun dan alat-alat yang dianyam adalah seperti bakul dan tikar. Terdapat juga daripada alat-alat anyaman tersebut dicipta untuk tujuan ritual seperti yang dipersembahkan kepada roh moyang semasa ritual Gawai Antu. Mereka yang boleh menganyam, bertenun dan seterusnya mempunyai kepakaran dalam mencampurkan warna asli untuk tenunan ikat sangat disanjung tinggi dan mereka itu diberi status tinggi dengan gelaran Indu Takar. Pada zaman tradisi status Indu Takar ini adalah sangat berpretij dan mereka dikategorikan dengan status Bujang Berani kaum lelaki kerana untuk mendapatkan ritual Kayau Indu atau Gawai Engkuni iaitu suatu ritual khas berkaitan dengan seni tenunan pua kumbu (Linggi, 2001:2). Ritual tersebut tidak boleh dilakukan sembarangan kecuali wanita yang telah mendapat petunjuk seperti telah disuruh oleh dewi Kumang atau Indai Abang melalui mimpi.

Anonymous. (1992). Head Hunting in Borneo. The Sea Dayaks and Other Races of Sarawak.                                   Kementerian Pendidikan Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Chemaline Anak Osup. (2006) Leka main: Puisi rakyat Iban-Satu analisis tentang bentuk dan fungsi. Tesis PHD yang tidak diterbitkan, Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Universiti Sains Malaysia.              

Aorora-Nuan


Tetiap lemai ku duduk Kediri
Ngiga pengrindu ari nuan
Tetiap ari ku berasai sunyai
Nadai pengerindu ari nuan
Bakani meh pengerindu tua
Ti udah nadai agi
Nuan udah pergi
Niggal ka aku pergi
Pemulai…nuan ku anti
Penatai…nuan ku ambat
Pemegi nuan enda disagi
Nuan meh intan dalam ati aku
Nuan meh sulu ti dikerindu
Ooooowwwwwhoooooooo
Bakani meh pengerindu tua
Ti udah nadai agi
Nuan udah pergi
Niggal ka aku pergi
Yeeeaahhhhhhhhh
Pemulai…nuan ku anti
Penatai…nuan ku ambat
Pemegi nuan enda disagi
Nuan meh intan dalam ati aku
Nuan meh sulu ti dikerindu
Ke aku…
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
For threaded comments: