Tuesday 1 September 2015

Maksud Bungai Terung

Disini saya ingin berkongsikan maksud disebalik tatu 'Bunga Terung' yang sangat popular di Sarawak khususnya bagi Masyarakat Iban malah sudah popular di peringkat antarabangsa.

Sekadar Gambar Hiasan
Sarawak memang cukup terkenal dengan negeri yang mempunyai masyarakat berbilang kaum. Salah satu kaum yang cukup terkenal dengan keunikannya pakaian tradisional, tarian tradisi turun temurun ialah masyarakat kaum iban.

Kaum Iban merupakan kumpulan etnil yang terbesar di Sarawak, mereka mendiami daerah dan bahagian negeri Sarawak dari daerah Lundu di Barat dan Limbang di timur laut tetapi kepadatan penduduk Iban adalah di bahagian Kota Samarahan, Sri Aman, Sarikei, Sibu, Kapit, Bintulu dan Miri.
Suatu ketika dahulu masyarakat Iban di negeri ini terkenal dengan tradisi "ngayau" yang membawa maksud memenggal atau memburu kepala musuh. Kisahnya pernah diabadikan oleh penulis terkenal Barat, Carl Bock di dalam bukunya The Head Hunters of Borneo yang diterbitkan pada 1881.

Kira-kira tiga juta orang Dayak yang merangkumi suku Iban, Melanau, Orang Ulu, Kayan, Penan dan lain-lain yang menetap di Sarawak. Setiap suku ini mempunyai bahasa dan budaya tersendiri yang sukar ditemui selain di Sarawak

Walaupun terdapat banyak perbezaan antara suku-suku kaum ini namun terdapat satu persamaan yang umum iaitu tradisi mencacah tatu.
Sekadar Gambar hiasan

Amalan mencacah tubuh atau bertatudi kalangan generasi dulu dan kini berbeza kerana dahulu tatu menjadi budaya identiti dan status yang mengkelaskan kedudukan kumpulan masyarakat atau sesuatu kaum.

Tatu bagi masyarakat Iban dimasa lampau merupakan simbol fisik yang secara langsung memperlihatkan sosial seseorang dalam masyarakat.

Bagi masyarakat Dayak Iban terdapat tujuh bentuk motif tatu biasa yang digunakan oleh masyarakat Dayak Iban saat ini iaitu ukir rekun, bunga terung, ketam itit (duck crab) Kelingai, buah Andu, buah engkabang atau bunga tengkawang, bunga terung keliling pinggang.

Dari segi mitologis, masyarakat Dayak Iban percaya Batara (Tuhan) mengkehendaki orang Iban bertatu sebagai penanda bagi Batara untuk mengenali orang-orang Iban.

Salah satu jenis tatu yang sering dilihat pada masa kini adalah tatu bunga terung. Mesti ramai yang tertanya-tanya apakah maksud 'bunga terung' yang dicacah di bahu kanan dan kiri mereka. Tatu bermotif bunga terung tidak sembarangan dimiliki oleh semua kalangan masyarakat.

Tatu bunga terung merupakan hasil dari seni dan tradisi di Kalimantan Barat. Tatu bunga terung merujuk maknanya pangkat atau kedudukan sebab umumnya letak pertama ada di bahu.

Corak ini dicacah atau dipantang pada kedua-dua belah bahu orang lelaki. Hanya orang lelaki yang mempunyai tatu ini kerana mereka mempunyai tanggungjawab yang besar dalam sesebuah keluarga.

Tatu tersebut dikatakan mempunyai semangat spiritual yang tinggi kepada si pemilik tatu iaitu memberi kekuatan kepada bahu kerana segala aktiviti berat akan dipikul di bahu seperti contoh memikul bebanan sebagai anak laki-laki kepada keluarganya

Di tengah 'bunga terung' pula terdapat corak pusaran yang melambangkan hidup baru dan mendapat pengaruh daripada perut berudu. Tatu ini merupakan azimat dan mantera 'wheel' bagi mereka yang mengembara.

Bagi masyarakat Dayak Iban, seseorang yang memiliki tatu bunga terung di sekeliling pinggang biasanya lapan buah bererti orang itu sudah mempunyai banyak pengalaman.

Selain itu, maksud tatu bunga terung juga merupakan satu petanda bagi mereka yang sudah cukup puas merantau dan menguasai ilmu pengetahuan.

Di semenanjung, tatu secara umunya dianggap lambang bagi kumpulan kongsi gelap atau sekadar suka-suka. namun, bagi masyarakat Iban di negeri ini, ia adalah lambang kelakian, kepahlawanan, kemenangan, perang serta mengangkat status seseorang lelaki.


2 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Terima Kasih bro..atas penerangan ttg bunga tu..sya ada nampak Ngalit Bali Generation area saya terus search mksd bnga tu..Kg Serudung Baru Tawau Sabah.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
For threaded comments: