Seorang jurukamera dari syarikat penyiaran televisyen N1TV di
Hungary dipecat akan tindakan biadap menjatuhkan secara sengaja seorang
pelarian Syria yang sedang mendukung seorang kanak-kanak.
Aksi kurang ajar itu dirakam oleh jurukamera dari televisyen
lain yang kemudiannya tersebar di Internet.
Tindakan jurukamera wanita itu mendapat kritikan orang ramai
terutamanya pengguna-pengguna media sosial di Eropah.
Selain dari lelaki tua terbabit, jurukamera itu turut dilihat
menyepak beberapa pelarian yang lain.
Sebahagian besar pelarian bagaimanapun berjaya ditahan pihak
berkuasa Hungary semasa melintasi sempadan.
Siakapkeli
No comments:
Post a Comment