Dalam Menoa

Sunday, 6 September 2015

Rumah Panjang

gambar hiasan
Orang Iban gemar tinggal di rumah panjang, satu fitur distintif organisasi sosial mereka. Sesebuah rumah panjang dihuni oleh kaum kerabat atau saudara mara mereka sendiri. Malah kehidupan di rumah panjang merupakan bukti nyata tentang kekukuhan keluarga dan kerjasama dalam kalangan mereka (Vinson, 1978). 

Rumah panjang didirikan kerana kekurangan tanah yang rata. Keadaan tanah tinggi dan berbukit bukau telah mencabar mereka untuk menyelesaikan masalah pembinaan petempatan. Oleh kerana demikian halnya rumah panjang dibina agar dapat menampung beberapa unit keluarga dan ia dibuat berbilik-bilik (Kadir, 1980). Dengan cara itu, masalah kekurangan kawasan rata untuk mendirikan rumah dapatlah diatasi. Sehubungan dengan itu, kawasan tanah rata yang ada bolehlah digunakan untuk bercucuk tanam.

Masyarakat Iban lebih selesa tinggal di rumah panjang. Kehidupan berkelompok di rumah panjang pula dapat mengeratkan lagi semangat kekitaan dan muhibbah di kalangan penghuninya. Apabila diadakan sesuatu pesta atau gawai, ia bukan diadakan secara keluarga atau individu tetapi sebagai satu upacara rumah panjang. Maka dalam keadaan kemelesetan ekonomi atau kekurangan makanan, hal demikian dapatlah menjimatkan perbelanjaan kerana gawai diadakan sebagai satu perkongsian yang munasabah.

Selain itu pembinaan rumah panjang membolehkan masyarakat Iban menjimatkan bahan-bahan pembinaan seperti bahan atap, dinding dan tiang kerana bahagian-bahagian itu boleh diperoleh secara berkongsi sebelah menyebelah bilik. Dengan demikian masalah kesukaran mancari bahan-bahan untuk menbuat rumah dan segala kerumitan itu dapat dirasai dan diatasi bersama. Bagi suku kaum Iban, rumah panjang ilah suatu tempat kediaman yang lebih menyeluruh dan munasabah. Dengan kata lain, faktor kemiskinan juga menyebabkan suku kaum Iban gemar membuat rumah panjang.

Rumah panjang juga didirikan kerana faktor keselamatan, iaitu bagi menghadapi binatang buas dan serangan musuh dalam ekspedisi ngayau mencari dan memotong kepala musuh) terhadap masyarakat Iban pada zaman lampau. Dengan demikian mereka bukan sahaja ,erasa selamat tetapi lebih selesa dan yakin tinggal secara berkelompok dalam sebuah rumah panjang.



Sesebuah rumah panjang terbahagi kepada tujuh bahagian (Jensen, 1974) seperti bilek, sadau, ruai, tanju, dapur, padong dan tempuan. Bilek ialah unit asas iaitu family atau keluarga dalam organisasi sosial kaum Iban. Anggota bilek menjadi suku juru kaban belayan (Vinson, 1978), iaitu kaum kerabat rumah panjang tersebut. Sadau yang terletak di atas bilek digunakan sebagai stor untuk menyimpan padi, benih padi dan alat-alat menanam padi seperti tikar, bakul, parang dan lain-lain alat keperluan keluarga (Freeman, 1970). Ruai ialah kawasan terbuka di rumah panjang, tetapi dipisahkan oleh tiang bumbung. Ia adalah tempat interaksi sosial masyarakat rumah panjang. Upacara-upacara rumah panjang seperti beranyai (ngajat atau menyanyikan leka main mengelilingi replica kayu yang menghasilkan pelbagai jenis buah seperti pokok kayu di (sebayan), niti daun (berarak di ruai dalam sesuatu proses ritual), ngerandang (menari tarian ngajat khas untuk mengalu-alukan kehadiran makhluk halus), timang gawai (menyanyikan puisi timang semasa gawai) dan seumpamanya diadakan di ruai. Ruai juga adalah tempat ketua-ketua masyarakat Iban baum (bermesyuarat) dengan anak-anak buahnya di rumah panjang tersebut. Tanju ialah bahagian luar ruai yang dibina tanpa bumbung untuk menjemurkan hasil-hasil tanaman seperti lada, padi, getah dan sebagainya. Dapatlah dikatakan bahawa rumah panjang mempunyai beberapa fungsi asas seperti perkongsian pertahanan, keramaian dan sekaligus menjadi pusat pentadbiran undang-undang adat. Sehingga kini cirri-ciri kehidupan di rumah panjang terus berakar umbi dalam masyarakat-masyarakat Iban.
gambar hiasan

gambar hiasan













Tuai Rumah

Sesebuah rumah panjang diketuai oleh seorang tuai rumah yang menjadi ketua pentadbiran dalam rumah panjang itu. Lazimnya, tuai rumah dipilih daripada warga tua yang berpengalaman dan berpengaruh di rumah panjang berkenaan. Tuai rumah bertanggungjawab dalam semua pentadbiran rumah panjang, menguatkuasakan undang-undang atau adat (Jensen, 1974) dan menyelesaikan sebarang persengketaan di rumah panjang itu (Melling, 1988). Tuai rumah pula dibantu oleh tuai burong dan tuai gawai untuk menjalankan upacara-upacara keagamaan yang berkaitan dengan adat resam dan kepercayaan masyarakat Iban. Menurut Vinson & Sutlive (2001), perlantikan tuai rumah bergantung kepada keberanian, harta, kemahiran berucap di depan khalayak, pengetahuan tentang adat resam dan cirri-ciri kepimpinan yang ada pada seseorang itu, pengganti tuai rumah mungkin juga anak dia sendiri atau menantunya, mana-mana yang lebih berkebolehan.

The ascension of an individual to such a position is facilitated by attributes of wealth, bravery, skills in public speaking, knowledge of adat, the abilities to lead, among athers: the position of tuai rumah is usually passed from father to son or to son-in-law in a particular bilik-family

(Vinson & Sutlive, 2001a:681)

Gambar hiasan

1 comment: