Sekadar gambar hiasan |
Seorang
lagi ketua suku kaum Iban iaitu Gelungan juga
membawa pengikutnya keluar dari merakai (sebuah anak sungai Kapuas) ke Undup
dan mendiami Bukit Galau. Keturunan Gelungan kini disebut Iban Balau kerana menetap di kawasan Bukit Balau, penempatan terawal
mereka di kawasan Sri Aman. Kemudian Gelungan berpindah sekali lagi ke Sebuyau
dengan sebahagian pengikutnya, dan generasi mereka kini dikenali sebagai Iban Sebuyau. Walau bagaimanpun setelah
kematian Gelungan, Iban Sebuyau berpecah dan ada yang berpindah ke Meredang
Gayam, Lundu dan Samarahan. Ketua-ketua suku kaum Iban yang lain seperti Lanong, Kanyong, Meringgai dan Manggi telah membawa pengikut-pengikut
mereka berpindah ke Rantau Langkong, Tangjung Merarang, Sungai Skrang dan
Tisak, kesemua tempat ini berada dalam kawasan Sri Aman. Oleh demikian halnya,
Sri Aman merupakan penempatan penduduk Iban terbanyak sekali, diikuti oleh
Kapit, Kalaka (Saratok), Mukah, Kuching, Saribas (Betong, Baram, Song dan
Sarikei. Bolehlah dikatakan bahawa pada keseluruhannya suku kaum Iban terdapat
di seluruh pelusuk Bumi Kenyalang.
Masyarakat
tradisional Iban seringkali berpindah kerana keperluan untuk “adapted to a
habitat with distinct zones” (Vinson, 1978:9). Maknanya, persekitaran telah
mempengaruhi tindakan mereka untuk terpaksa mengadaptasikan diri dengan habitat
(kehidupan) semulajadi. Menurut pendapat Vinson di atas, keadaan sekeliling
telah mencabar mereka untuk berusaha mendapatkan makanan dan keperluan dalam
kehidupan seharian.
Sekadar gambar hiasan |
Perpindahan
kaum Iban yang begitu kerap sekali didorong oleh faktor-faktor seperti
penerokaan tanah baru untuk tujuan survival, ekologikal dan budaya mereka.
Pertama, kejayaan berterusan dalam pertanian boleh meninggikan imej dan prestij
serta keturunan mereka. Justeru, mereka memerah seluruh keringat dan bekerja
keras untuk menambahkan hasil tanaman seperti padi, ubi, keledek, jagung dan
sebagainya. Oleh hal demikian, apabila tanaman berumai (berhuma) tidak memberi hasil yang lumayan, hal ini akan
menjatuhkan imej mereka (Vinson, 1978). Sebaliknya, jika berjaya mendapat hasil
yang banyak, petani-petani tersebut akan dijemput ke Gawai Padi yang diadakan di sebuah rumah panjang lain “at which
they produced blessing on the sponsors and other guests so that the latter
might share good fortune” (Vinson, 1978:26). Ini bererti budaya berumai bukan
sekadar untuk memperoleh beras tetapi juga sebagai prestij dan kejayaan
individu (Osman, 1989). Pendek kata, kejayaan bercucuk tanam boleh meninggikan
status, imej dan martabat mereka dalam masyarakat Iban silam. Menurut Vinson
(1978:26), “success in rice farming has been described by Iban as……prestij”.
Faktor ekologikal dan
budaya
Faktor
ekologikal turut menyebabkan perpindahan kaum Iban. Ini kerana terdapat banyak
tumbuhan, ikan dan binatang buruan di dalam hutan tebal yang masih belum
diterokai dahulu. Aktiviti non-hortikultur ini telah mengakibatkan perpindahan
mereka ke lembah-lembah yang kaya dengan bahan makanan tersebut. Maka bolehlah
dianggap perpindahan itu berlaku sebagai satu desakan untuk tujuan survival
(Vinson, 1978) bagi kaum Iban.
Seterusnya
melalui faktor budaya, masyarakat Iban menghadapi persaingan dengan etnik
bumiputera yang lain untuk menguasai kawasan pertanian, sungai dan kawasan
perburuan. Contohnya, mereka berusaha mempertahankan kawasan tanah padi
daripada dirampas oleh suku kaum lain. Apabila berlaku konflik kerana rebutan
atau rampasan kuasa ke atas kawasan pertanian, mereka akan berpindah ke tempat
lain dan menerokai kawasan yang baru untuk bercucuk tanam. Mereka suka membuat
petempatan di kawasan yang baru untuk bercucuk tanam. Mereka suka membuat
petempatan di kawasan penanaman padi huma di atas bukit dan hidup secara
berkelompok serta bekerjasama mempertahankan diri daripada ancaman dan musuh
mereka.
Kaum
Iban juga gemar bejalai (mengembara)
untuk memperluaskan pengalaman atau memulakan penghidupan baru di tempat yang
lain jauh dari kediaman asal mereka. Hidup berpindah randah kaum Iban demikian
dikaitkan dengan keinginan untuk menonjolkan diri, mencari pengalaman baru, mencipta
nama dan seumpamanya. Oleh sebab demikian, mereka suka mengembara ke
tempat-tempat lain untuk mencari kehidupan baru yang lebih baik.
Chemaline
Anak Osup. (2007) Leka main: Puisi rakyat
Iban-Satu analisis tentang bentuk dan fungsi. Tesis PHD yang tidak
diterbitkan, Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Universiti Sains Malaysia.
Betway Casino no deposit bonus codes - JTGHub
ReplyDeleteBetway Casino 거제 출장샵 no deposit bonus codes. 대전광역 출장샵 Get your free 상주 출장마사지 £20 bet casino bonus 춘천 출장마사지 today! Click now. Get 성남 출장마사지 bonus code: 860. JTGHub.com.