Dalam Menoa

Thursday, 3 September 2015

Pelajar berasal dari Belaga, Sarawak tempuh perjalanan 16jam ke USM

Riti Toni
“Saya tidak malu mengakui berasal daripada keluarga susah kerana ayah hanya seorang petani”. -Riti Toni.

Begitulah luahan seorang pelajar yang berasal dari Belaga, Sarawak. Apabila beliau menempuh perjalanan yang mengambil masa 16jam Dari Belaga ke Kuching kemudian menaiki pesawat ke negeri Pulau Pinang.
Pulau Pinang 2 sept.- Meskipun terpaksa menempuh perjalanan yang memenatkan selama 16jam dari Belaga ke Kuching, sebelum menaiki peasawat ke negeri Pulau Pinang, Riti Toni 19, tetap tabah semata-mata mahu mengejar impiannya melanjutkan pengajian ke menara gading.

            Anak kelahiran Kampung Uma Nyalang, Long Koyan, Belaga itu berkata, dia sanggup berkorban masa dan tenaga serta berdepan segala kepayahan untuk menjejakkan kaki ke Universiti Sains Malaysia (USM) yang menjadi harapannya selama ini. Bercita-cita menjadi seorang guru mata pelajaran Kimia, Riti berkata, impiannya untuk ke university juga bagi menyambung hasrat kakaknya yang tidak kesampaian selepas terpaksa berhenti daripada pengajian di kolej swasta kerana masalah kewangan.

            “Saya tidak malu mengakui berasal daripada keluarga susah kerana ayah hanya seorang petani. Sebab itu saya tidak akan mensia-siakan peluang melanjutkan pengajian di USM ini kerana mahu mengubah hidup dan masa depan keluarga.” Katanya kepada Utusan Malaysia disini hari ini.

            Riti merupakan salah seorang daripada 4,378 pelajar baharu siding Akademi 2015/2016 di USM yang mula mendaftar semalam dan melafaz ikrar sebagai penuntut. Majlis melafaz ikrar itu turut dihadiri Pengerusi Lembaga Gabenor USM, Tan Sri Datuk Dr. Zulkefli A. Hasan dan Naib Canselor USM, Prof. Datuk Dr. Omar Osman.

            Dalam pada itu, Riti berkata, disebabkan tiada liputan Internet di Kampungnya yang terletak jauh di pedalaman, dia belum membuat permohonan secara dalam talian untuk mendapatkan Pinjaman Tabung Tinggi Nasional (PTPTN).

          ”Saya berharap dengan bantuan pihak universiti, perkara ini akan diselesaikan sedikit masa lagi. Ketika ini saya tidak sabar untuk memulakan pengajian dan akan sentiasa ingat pesan ibu iaitu jangan risau keadaan mereka di kampung, sebaliknya focus kepada kuliah,” Katanya.

Utusan Malaysia 3 Sept. 2015

No comments:

Post a Comment