|
Seorang polis Turki berdiri berhampiran mayat seorang kanak-kanak pelarian Syria yang terdampar di pantai Bodrum, selatan Turki. |
|
Gambar sebelum hari kematian adik Aylan |
Istanbul
3sept- beberapa keping gambar yang merakamkan mayat seorang kanak-kanak
pelarian Syria terdampar di pinggir pantai Turki, semalam selepas bot yang
dinaikinya bersama-sama pelarian lain, karam dan menggemparkan dunia.
Gambar
yang memilukan itu dirakam oleh agensi berita Dogan, menunjukkan bagaimana seorang kanak-kanak sudah tidak
bernyawa terbaring di pesisir pantai berhampiran Bodrum, salah satu pusat
peranginan utama di negara ini, sebelum mayat tersebut diambil oleh pihak
polis.
Gambar
itu tersebar meluas di laman sosial, sehinggakan hastag #kiyiyaVuranInsanlik
atau ‘Kemanusiaan terdampar di pesisir pantai’ menjadi topic perbualan utama di
seluruh dunia.
Imej
yang menyayat hati itu turut menjadi berita utama di dada-dada akhbar utama
Britain yang mengecam krisis pelarian di Eropah ketika ini.
“Jika
gambar mengejutkan tentang kematian seorang kanak-kanak tidak mengubah sikap
Eropah terhadap krisis pelarian, apa yang dapat mengubah pendirian mereka?,”
kata pengarang akhbar Independent.
Akhbar
berkenaan kemudian mengemukakan satu petisyen menggesa Britain menerima
kehadiran pelarian di negara tersebut, dengan lebih 10,000 tandatangan berjaya
dikumpulkan dalam masa satu jam.
Sebelum
ini, London dikritik kerana menerima kehadiran pelarian pada kadar yang sangat
rendah berbanding Negara kesatuan Eropah (EU) lain. AFP
Selain itu, antara17 artis di serata dunia melukiskan kesedihan
tragedi yang menimpa anak Syria ini. Gambar mayat Aylan yang berusia tiga tahun
terdampar di tepi pantai membuka mata orang ramai betapa terdesaknya pelarian
dari Timur Tengah yang negara diancam peperangan mahu melarikan diri ke Eropah.
|
Foto menunjukkan mendiang Alan Kurdi (kiri) dan abangnya mendiang Galib Kurdi ini adalah hasil ehsan Tima Kurdi. Kedua-dua jenazah kanak-kanak terbabit ditemui terdampar di tepi pantai berdekatan sebuah pusat peranginan di Bodrum, Turki pada 2Sept. Mereka dipercayai antara 12 perlarian yang cuba memasuki negara Greece, namun lemas apabila bot dinaiki mereka karam. Pihak keluarga memaklumkan bahawa ejaan nama kedua-dua kanak-kanak terbabit telah ditukar oleh pihak berkuasa Turki kepada 'Aylan' dan 'Galip', ejaan yang sepatutnya adalah Alan dan Galib.- Sumber Foto Tima Kurdi/The Canadian Press via AP. |
|
Abdul Kurdi, 40, bapa kepada kedua kanak-kanak Syria yang ditemui lemas di panatai berdekatan Turki, kelihatan sugul ketika menungga ketibaan jenazah anak-anaknya pada 3Sept, di perkarangan rumah mayat di Mugla, Turki. Abdullah bersama keluarganaya dalam perjalanan mahu berhijrah ke Kanada selepas meninggalkan bandar Kobani di Syria yang musnah akibat peperangan. Mereka menaiki bot yang sesak dengan pelarian dari Bodrum, Turki pada 2Sept tetapi karam kira-kira 30minit kemudian dekat pulau Kos di Greece. Dua anaknya mati lemas bersama isterinya, hanya Abdullah terselamat.
Sumber foto; Tolga Adanali/Depo photos via AP. |
|
Abdullah Kurdi(kiri) menceritakan bahawa keluarganya cuba lari ke Kanada dari Kobane, Syria. Tahun lepas mereka bepindah ke Turki namun memilih untuk berhijrah semula demi mengindari angkara ISIS di Turki.
Sumber Foto Tolga Adanali/Depo Photos via AP
Artikel: www.astroawani.com
www.utusan.com.my
www.sinarharian.com.my
(FB) Barisan Nasional
|
No comments:
Post a Comment