Abdullah(kanan) dilihat sugul semasa mengebumikan jenazah salah seorang anaknya di sebuah tapak perkuburan di Kobani, Syria semalam. (4Sept) |
DAMSYIK –
Bapa kepada dua anak lelaki yang lemas di perairan Turki dalam tragedi yang
menyayat hati masyarakat dunia mengebumikan anak lelakinya, seorang lagi anak
dan isterinya dalam satu upacara pengebumian di bandar Kobani di sempadan Syria
semalam, kata seorang saksi.
“Aylan Shenu, abangnya dan ibu
mereka dikebumikan hari ini (semalam) di Kobani di hadapan orang ramai. Semua
orang sedih dan ada yang menangis, kata seorang wartawan tempatan, Mustefa Ebdi
yang turut menghadiri pengebumian itu.
Menurut Mustefa, ketiga-tiga mereka
yang berketurunan Kurdis cuba menuju ke Greece dengan menaiki sebuah bot dari
Turki.
Aylan yang berusia tiga tahun dan
abangnya, Ghaleb, 4, serta ibu mereka, Rihana ditemui mati lemas di perairan di
Turki pada Rabu lepas semasa cuba memasuki Eropah dengan menyeberangi Laut
Aegean.
“Bagaimanapun, bapa mereka,
Abdullah Kurdi terselamat dan kelihatan putus asa serta sugul semasa berucap
dalam satu perhimpunan yang dihadiri beratus-ratus orang,” kata Mustefa.
“Saya tidak menyalahkan sesiapa
ekoran tragedi ini. Saya hanya menyalahkan diri sendiri. Saya perlu membayar
harga untuk ini (kehilangan anak-anak dan isteri) sepanjang hidup saya,”
katanya.
Menurut Abdullah, dua anaknya cuma
segelintir daripada begitu ramai mangsa konflik di Syria yang berlarutan sejak
empat tahun lalu.
Sehubungan itu, dia merayu supaya
jalan penyelesaian konflik tersebut dicari.
Sementara itu di Hungary pula,
lebih 1,000 imigran yang terkandas selama berhari-hari di sebuah stesen kereta
api utama di Budapest bertindak meninggalkan bangunan itu dengan berjalan kaki
untuk menyeberangi sempadan Austria, kata seorang wartawan di lokasi kejadian.
Kumpulan imigran termasuk individu
berkerusi roda dan tongkat sanggup meredah perjalanan sejauh 175 kilometer
untuk memasuki negara Eropah tersebut. – AFP
www.kosmo.com.my
_________________________________________________________________________________
ISTANBUL - TURKI.
"Saya tidak mahukan apa-apa, jika berikan saya negara diseluruh dunia pun,
saya tidak mahu kerana kesemua 'harta' saya sudah tiada. "Itu luahan bapa
kepada kanak-kanak pelarian Syria, Abdullah Kurdi yang terbunuh dalam tragedi
bot karam kelmarin.
Pengguna media sosial
digemparkan dengan penyebaran gambar mayat seorang budak lelaki yang terdampar
di pesisir pantai Turki.
Gambar itu menunjukkan
kanak-kanak berkenaan berbaju kemeja-T dan berseluar pendek tertiarap di atas
pasir berhampiran Bodrum, seolah-olah sedang nyenyak tidur.
Kanak-kanak berkenaan
adalah 12 pelarian Syria yang terbunuh selepas bot dinaiki mereka karam ketika
dalam perjalanan ke pulau Kos di Greece.
Menurut bapa kepada
kanak-kanak malang tersebut, Abdullah Kurdi, penyeludup sebelum ini
menjanjikannya kepadanya sebuah motobot untuk perjalanan dari Turki ke Greece.
Sebaliknya, dia bersama
isteri, serta dua anaknya yang akan 'berhijrah" untuk memulakan kehidupan
baru mereka di Kanada itu hanya disediakan bot getah berkeluasan hanya 15 kaki
untuk memuatkan Kurdi, isteri dan dua anak kecil mereka.
Kurdi berkata, sebelum ini
dia telah beberapa kali cuba untuk menyeberang ke Eropah namun gagal.
Malah, dia hampir lemas
ketika cuba menyeberang sungai di Edirne, Turki dan apabila sampai di sempadan
Bulgaria dia ditahan dan dihantar semula.
Tambah Kurdi, dia
kemudiannya membayar 4000 euro untuk membawa keluarganya "berhijrah"
dengan menggunakan bot.
"Saya terpaksa
membayar lebih untuk mengelakkan menyeberang menggunakan bot getah.
"Sudah tentu, kami takut lemas, namun penyeludup berkata, ia akan menggunakan kapal.
Kurdi berkata, jaket keselamatan yang dipakai keluarganya hilang semasa insiden, tetapi, pegawai keselamatan Turki berkata, tiada jaket keselamatan disediakan.
"Sudah tentu, kami takut lemas, namun penyeludup berkata, ia akan menggunakan kapal.
Kurdi berkata, jaket keselamatan yang dipakai keluarganya hilang semasa insiden, tetapi, pegawai keselamatan Turki berkata, tiada jaket keselamatan disediakan.
Perjalanan tersebut
bermula pada pukul 3.00 pagi di mana cuaca di Meltimi agak berangin dan
ketinggian ombak boleh mencecah 15 kaki.
www.sinarharian.com.my
No comments:
Post a Comment